Foto: Azura Abdullah
Lahirnya
ebook ini adalah atas rasa tanggungjawab saya untuk memanjangkan ilmu dan
pengalaman yang saya kutip sepanjang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah
syarikat multinasional di utara tanahair dalam masa yang sama saya mengusahakan
perniagaan kecil secara online dan offline (butik). Saya ambil ini sebagai
tanggungjawab sosial saya untuk beri kesedaran kepada suri tentang pentingnya
menyediakan payung sebelum hujan.
Saya
bukanlah seorang jutawan atau ahli perniagaan hebat. Pendapatan perniagaan
kecil saya hanya menggantikan pendapatan di kala saya bermajikan dulunya. Saya juga
tak janjikan apa-apa magis di dalam ebook ini. Ianya sekadar perkongsian tulus ikhlas
dari saya di atas pengalaman yang saya kutip sendiri dengan benar-benar terjun
dalam dunia perniagaan kecil ketika saya masih bekerja bermajikan. Jika kita
boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu lalui pengalaman
jatuh gaung. Sekali lagi saya tekankan ebook ini bukan tentang teori magis untuk
kaya jika itu yang anda harapkan.
Melalui pengalaman diuji dengan kesihatan suami yang kritikal menguatkan lagi azam dan rasa tanggungjawab saya untuk berkongsi pengalaman berharga ini. Langit tak selalunya cerah, panas belum tentu hingga ke petang. Tak menentu sebagaimana fenomena cuaca dunia kini. Sumber pendapatan ke 2 dari perniagaan kecil-kecilan yang dimulakan atas rasa minat dulunya itulah yang telah menyelamatkan kami sekeluarga bilamana suami saya sakit kritikal diserang penyakit angin ahmar. Hilang satu sumber punca pendapatan keluarga. Komitmen yang perlu dilunaskan setiap hujung bulan tetap sama, tetap berdasarkan pendapatan 2 orang. Ianya ujian yang besar bagi saya sekeluarga. Walaubagaimanapun saya kurang merasa impak dari segi kewangan kerana sumber pendapatan perniagaan kecil yang saya usahakan sambil bekerja ketika itu telah banyak membantu. Ianya benar-benar memayungi kami sekeluarga ketika hujan dengan izin Allah SWT.
Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Allah SWT, kini saya telah melangkah setapak lagi dengan kembali
ke fitrah menjadi isteri dan ibu sepenuh masa yang bekerja di rumah. Kini saya telah
bergelar WAHM (working at home mom). Terima kasih kepada perniagaan kecil yang
diusahakan ketika masih bekerja dulunya yang kini telah memberi peluang saya
bersara dari dunia bermajikan sebelum umur mencecah 40. Terima kasih kerana
telah memberi saya peluang menjana pendapatan hanya dari rumah sambil melihat
anak-anak membesar di depan mata. Terima kasih kerana kini masa itu milik
mutlak saya sendiri. Saya tidak terikat dengan sesiapa lagi. Alhamdulillah.
Saya doakan para suri pembaca ebook saya ini juga bakal menyusul saya nantinya.
Tiada yang mustahil.
No comments:
Post a Comment